Written by 5:21 pm Bola Sepak, Malaysia

Kedah Tawar Aidil Kontrak Lanjutan & Buru 2 Midfielder Import Liga Malaysia

Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman (Kedah) sudah memulakan persiapan untuk mengharungi saingan baharu Liga Malaysia dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Khamal Idris Ali memaklumkan pasukannya telah memulakan langkah persiapan dengan menawarkan kontrak lanjutan kepada ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

Jurulatih kelahiran Singapura itu konsisten membimbing Kedah menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua selama dua musim berturut-turut. Selain itu, Aidil turut menghadiahkan kejuaraan Piala FA pada tahun 2019, tahu pertamanya membimbing skuad Hijau Kuning.

Khamal dan Aidil – Foto: Kedah Darul Aman

“Insya-Allah beliau akan bersama kita… dan kita menyatakan hasrat mahu mengikat beliau untuk musim depan sebelum ini, dan kita hanya menunggu kata putus darinya sahaja.

“Memang khidmat beliau masih diperlukan bagi meneruskan perjuangan pasukan Kedah yang perlu melalui saingan lebih sengit pada musim depan.

“Jadi kami perlukan sedikit masa lagi untuk mengumumkan kedudukan yang dirancang itu dan pada masa ini semua perancangan untuk musim depan lebih 80% peratus dilengkapkan.” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar berkenaan.

Difahamkan, Aidil ditawarkan kontrak untuk tahun keempat bersama Kedah bagi memastikan kesinambungan dan kelancaran melakukan rombakan terhadap skuad mereka dalam masa terdekat.

Pemain tengah import Kedah, Anumanthan

Selain itu, Khamal turut memaklumkan pihaknya turut merancang untuk membawa masuk dua pemain tengah import yang cukup menyerlah dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Beliau tidak menamakan sebarang pemain mahupun pasukan yang sedang diwakili oleh pemain tersebut. Akan tetapi, Khamal melahirkan keyakinan bahagian tengah Kedah akan lebih kukuh dengan kehadiran dua pemain tersebut kelak.

Ini bermakna dua pemain import sedia ada hampir pasti ‘disalin’ oleh Kedah pada jendela perpindahan kali ini.

Featured Image: FA Kedah

(Visited 426 times, 22 visits today)
Close