Written by 12:44 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

Ranking FIFA: Sasaran Ketum PSSI Pintas Kedudukan Malaysia & Singapura Belum Tercapai

Bulan lalu, Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menyasarkan skuad kebangsaan Indonesia untuk terus meningkatkan rankingnya ke kedudukan 150 dunia sekaligus memintas kedudukan skuad negara jiran tetangganya, Malaysia dan Singapura.

Bagaimanapun, menerusi kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menunjukkan skuad yang terkenal dengan julukan Garuda itu belum berhasil mencapai sasaran tersebut.

Tangkap layar ranking FIFA bagi bulan November

Baca: Ketum PSSI, Mochamad Iriawan Sasar Indonesia Atasi Ranking Skuad Malaysia & Singapura

Sebaliknya, skuad kebangsaan Indonesia mencatatkan penurunan satu anak tangga menjadikannya menghuni tangga 166 dunia berbanding tangga 165 pada bulan lalu.

Penurunan ini disebabkan oleh kekalahan 0-1 Indonesia ketika menentang Afghanistan yang diadakan di Turki dalam perlawanan antarabangsa yang diadakan pada 16 November lalu.

Sementara itu, Malaysia pula mencatatkan peningkatan satu anak tangga dalam kedudukan ranking dunia berbanding bulan lalu dengan menghuni tangga ke-154 dunia walaupun tidak terlibat dalam sebarang perlawanan antarabangsa, pada bulan ini.

Sebagai tambahan, Malaysia dan Indonesia akan bertemu sesama sendiri dalam aksi kelima peringkat Kumpulan B dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 pada 19 Disember kelak.

Featured Image: Football Association of Malaysia

(Visited 123 times, 1 visits today)
Close