Written by 4:17 pm Badminton, Malaysia

Terbuka Indonesia: Beregu Campuran, Tang Jie-Yen Wei Bertemu Sang Juara Di Pusingan 16

Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei bakal membuat perhitungan sekali lagi bertemu beregu campuran Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai di Pusingan 16 Terbuka Indonesia, pada hari esok.

Perlawanan esok bakal memberikan cabaran yang sukar buat Tang Jue-Yen Wei kerana pasangan ini bukan sahaja diletakkan sebagai pilihan utama untuk menjuarai kategori campuran di kejohanan ini.

Bahkan, pasangan Thailand yang menduduki ranking ke-2 dunia ini masih segar dengan kejayaan memenangi kejohanan Indonesia Masters yang berlangsung pada minggu lepas. 

Tambahan pula, di kejohanan tersebut, Tang Jie-Yen Wei disingkirkan oleh Dechapol-Sapsiree dengan skor 21-17, 16-21 dan 21-17  pada Pusingan 16 Indonesia Masters.

Satu lagi rekod pertemuan melibatkan kedua-dua pasangan ini adalah ketika beraksi di peringkat Pusingan 32 Terbuka Denmark 2021. Pertembungan ini turut dimenangi oleh beregu Thailand dengan pungutan mata 21-16 dan 23-21.

Untuk makluman semua, Tang Jie-Yen Wei yang menghuni ranking ke-42 dunia pada ketika ini mara ke Pusingan 16 kejohanan Terbuka Indonesia dengan menumpaskan beregu Jepun, Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo dengan keputusan 19-21, 21-18 dan 21-15.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 6,627 times, 1 visits today)
Close