Written by 12:58 pm Badminton, Malaysia

Terbuka Indonesia: Dua ‘Semi-finalist’ Malaysia Bertembung Awal di Pusingan 16

Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu bebas (independent) negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi cemerlang mara ke pentas separuh akhir kejohanan Indonesia Masters, minggu lalu.

Bagaimanapun, minggu ini, hanya satu daripada dua beregu negara tersebut akan mara lebih jauh di kejohanan Terbuka Indonesia yang membuka tirainya semalam.

Hal ini kerana kedua-dua pasangan yang berhasil melepasi saingan Pusingan 32 semalam terpaksa bertemu sesama sendiri di Pusingan 16 yang dijadualkan berlangsung pada hari esok.

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-duanya pernah berentap sesama sendiri sebanyak 4 kali. Namun, gandingan Aaron-Wooi Yik yang kini menduduki ranking ke-6 dunia merekodkan kemenangan sebanyak 3 kali.

Pertemuan terakhir mereka adalah ketika bertembung di peringkat suku akhir kejohanan Indonesia Masters 2020. Walaupun ianya dimenangi oleh Aaron-Wooi Yik, perlawanan tersebut berlangsung sengit yang diakhiri dengan kutipan mata, 28-26 dan 21-19.

Gandingan Yew Sin-Ee Yi hanya menang sekali iaitu ketika pertemuan pertama pada peringkat separuh akhir Malaysia Masters 2019. Ketika itu, Yew Sin-Ee Yi meraih kemenangan dengan skor 21-6, 18-21 dan 21-19.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 2,408 times, 1 visits today)
Close