Written by 8:33 pm Badminton, Malaysia

Terbuka Indonesia: Kesemua Beregu Wanita Malaysia Berjaya Mara ke Pusingan 16

Ketiga-tiga pasangan beregu wanita Malaysia berjaya melepasi ujian awal dan mara ke Pusingan 16 dalam kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2021.

Beregu wanita pertama yang menempah tiket kemaraan ke peringkat seterusnya ialah Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan. Pasangan yang diletakkan sebagai pilihan kelapan untuk menjuarai kejohanan ini mara dengan menumpaskan beregu Sepanyol, Clara Azurmendi dan Beatriz Corrales.

Lim Chiew Sien dan Vivian Hoo

Ia disusuli dengan sepasang lagi beregu negara, Lee Meng Yean dan Yap Cheng Wen ke peringkat yang sama selepas menyingkirkan pasangan Denmark, Alexandra Boje dan Mette Poulsen di Pusingan 32.

Melengkapkan kemaraan bergaya beregu wanita Malaysia ini ke Pusingan 16 adalah pasangan bebas (independent), Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien. Mereka mara selepas menundukkan beregu tuan rumah, Melani Mamahit dan Tryola Nadia.

Sementara itu, bercakap mengenai pencabar di peringkat berikutnya yang akan berlangsung esok, beregu Vivian-Chiew Sin bakal bakal menghadapi cabaran besar kerana perlu turun menentang pasangan yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk memenangi kejohanan ini iaitu Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai dari Thailand.

Lee Meng Yean dan Yap Cheng Wen

Manakala, Meng Yean-Cheng Wen pula akan berentap dengan pasangan Bulgaria yang menduduki ranking ke-11 dunia, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva.

Pearly-Thinaah pula akan melayan cabaran dari beregu tuan rumah yang menghuni ranking ke-201 iaitu Febriana Dwipuji Kusuma dan Amalia Cahaya Pratiwi. Pearly-Thinaah pernah berhadapan dengan pasangan ini sebanyak satu kali dan kemenangan turut berpihak kepada mereka.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 2,530 times, 1 visits today)
Close