Written by 5:47 pm Badminton, Malaysia

Terbuka Indonesia: Sze Fei-Izzuddin Hadapi Pemenang Emas Olimpik di Pusingan 16

Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin bakal berhadapan cabaran berat di peringkat Pusingan 16 Kejohanan Terbuka Indonesia.

Hal ini kerana, menantinya di pusingan tersebut adalah pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin merangkap beregu yang menghuni ranking ke-3 dunia.

Selain itu, kedua-dua pasangan ini belum merekodkan sebarang pertemuan sebelum ini. Ianya bakal menjadi pertemuan sulung melibatkan kedua-dua beregu pada hari esok.

Namun begitu, pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik telah menunjukkan cara untuk menumpaskan pasangan Chinese Taipei ini dengan menyingkirkan Lee-Wang pada peringkat suku akhir di kejohanan Indonesia Masters, minggu lepas.

Untuk makluman semua, Sze Fei-Izzuddin berhasil mara ke Pusingan 16 kejohanan ini dengan menyingkirkan beregu Perancis, Christo Popov dan Toma Junior Popov dengan kemenangan secara ‘straight set’ 22-20 dan 21-10.

Sementara itu, Lee-Wang pula mara dengan menyingkirkan beregu bebas (independent) Malaysia, Goh V Shem dan Low Juan Shen juga menerusi kemenangan ‘straight set’ 21-14 dan 21-16.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 9,222 times, 1 visits today)
Close