Written by 2:57 pm Bola Sepak, Malaysia

MFL Lancar Set Komemoratif Bar Emas Sempena 100 Tahun Piala Malaysia

Sebagai tanda peringatan dan kenangan bersempena dengan sambutan 100 Tahun Piala Malaysia, penganjur kejohanan bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) melancarkan Set Komemoratif Edisi Terhad Bar Emas.

Dalam majlis pelancaran yang berlangsung di Wisma FAM, pada hari ini, set bar emas dengan ketulenan 999.9 dan seberat 0.5 gram setiap satu ini merupakan hasil kerjasama MFL dengan Ninox Idea dan Faidh Jewels.

Difahamkan, setiap set bar emas akan turut disertakan dengan buku komemoratif Piala Malaysia, pelitup muka, lencana magnet dan pelekat kereta. Harga bagi setiap set ini adalah RM299 setiap satu dan dimaklumkan ianya dikeluarkan sebanyak 999 set sahaja.

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pembelian menerusi laman sesawang, Faidh Jewels atau menghubungi Kedai Emas Faidh di talian 03-8071 8024.

Pembeli yang membuat pembelian dijadualkan akan menerima set bar emas ini selepas 15 Disember secara berperingkat mengikut kaedah penyerahan barang yang dipersetujui.

Featured Image: Malaysian Football League

(Visited 160 times, 1 visits today)
Close