Written by 5:32 pm Badminton, Malaysia

Terbuka Indonesia: Beregu Bebas Malaysia Singkir Aaron-Wooi Yik, Bertemu ‘The Minions’ Di Suku Akhir

Beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berhasil mencatatkan kemenangan ke atas pasangan beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Pusingan 16 Terbuka Indonesia, pada hari ini.

Walaupun 3 daripada 4 pertemuan memihak kepada Aaron-Wooi Yik sebelum ini, gandingan Yew Sin-Ee Yi menampilkan aksi yang penuh bersemangat sehingga berjaya menyingkirkan pasangan yang menghuni tangga ke-8 dunia secara ‘straight set’ 21-14 dan 21-17 dalam masa kurang setengah jam.

Kejayaan ini membolehkan Yew Sin-Ee Yi mara ke peringkat seterusnya iaitu suku akhir. Namun, cabaran besar dengan terpaksa bertemu beregu lelaki nombor 1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo sekali lagi, pada hari esok.

Minggu lalu, Yew Sin-Ee Yi telah bertemu dengan pasangan yang sama di peringkat separuh akhir dalam kejohanan Indonesia Masters. Pertemuan tersebut berakhir dengan Marcus-Kevin meraih kemenangan sekaligus menghanguskan tiket Yew Sin-Ee Yi mara ke pentas final.

Kevin (kanan) dan Marcus (kiri).

Untuk makluman semua, pasangan Indonesia yang terkenal dengan julukan ‘The Minions’ itu mara ke peringkat suku akhir di kejohanan ini dengan menyingkirkan beregu Korea, Choi Solgyu dan Kim Wonho dengan keputusan 12-21, 21-19 dan 21-18.

Sebagai tambahan, Yew Sin-Ee Yi pernah bertemu Marcus-Kevin sebanyak enam kali dan kesemuanya berakhir dengan kekalahan. Mampukah gandingan Yew Sin-Ee Yi mencipta kejutan pada hari esok? Sama-sama kita nantikan.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 129 times, 1 visits today)
Close