Written by 7:26 pm Badminton, Malaysia

Terbuka Indonesia: Sze Fei-Izzuddin Menang ‘Straight Set’ Ke Atas Pemenang Olimpik 

Kemenangan berpihak kepada pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menentang pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin buat kali pertama.

Lebih manis, Sze Fei-Izzuddin berhasil meraih kemenangan secara ‘straight set’ dengan skor 21-15 dan 23-21 di Pusingan 16 dalam kejohanan Terbuka Indonesia yang berlangsung pada hari ini.

Kemenangan ini sekaligus membolehkan beregu negara yang menghuni ranking ke-19 dunia menempah tiket ke peringkat suku akhir.

Bagaimanapun, Sze Fei-Izzuddin perlu menantikan pemenang antara perlawanan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty menentang beregu Korea, Kang Minhyuk dan Seo Seungjae.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 386 times, 1 visits today)
Close