Written by 10:55 pm Bola Sepak, Malaysia

Bergson, Cabrera Pastikan JDT Mara Ke Pentas Final Piala Malaysia

Dua gol oleh Bergson Da Silva dan satu gol oleh Gonzalo Cabrera telah memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia 2021.

Kesemua jaringan terhasil pada separuh masa pertama itu membolehkan skuad Harimau Selatan menumpaskan Terengganu dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, pada hari ini.

Ia sekaligus menjadikan JDT yang dibimbing oleh Benjamin Mora mara ke pentas akhir dengan keputusan 4-1 secara aggregat setelah menamatkan perlawanan pertama dengan keputusan 1-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), Isnin lalu.

Sementara itu, di pentas final kelak, JDT yang merupakan juara Piala Malaysia 2019 akan menantikan cabaran samada daripada Melaka United atau Kuala Lumpur City.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

(Visited 924 times, 1 visits today)
Close