Written by 4:58 pm Bola Sepak, Malaysia

Piala Malaysia: MKN Kekal Larangan Makan & Minum Termasuk di Corporate Box

Majlis Keselamatan Negara (MKN) kekal dengan keputusan tidak membenarkan sebarang  aktiviti makan dan minum di dalam stadium termasuk di dalam kotak korporat (corporate box) semasa perlawanan akhir Piala Malaysia, Selasa nanti.

Sebelum itu, penganjur kejohanan, Malaysian Football League (MFL) memohon kebenaran untuk membolehkan penyokong yang hadir makan dan minum semasa menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

Selain itu, MFL turut memohon tambahan kapasiti penonton untuk hadir menyaksikan perlawanan akhir yang akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Bagaimanapun, menerusi satu surat yang diutuskan kepada MFL semalam, MKN menolak kedua-dua permohonan tersebut sekaligus menyaksikan larangan makan dan minum di dalam stadium semasa berlangsung perlawanan adalah kekal.

Manakala, jumlah penonton yang dibenarkan hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir tersebut kekal setakat 20,000 orang sahaja sepertimana ditetapkan di bawah prosedur operasi piawai (SOP) Am Sektor Sukan dan Rekreasi di kawasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Susulan daripada keputusan ini, MFL dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merancang untuk menyediakan satu tapak khas bagi kenderaan saji (food truck) di perkarangan stadium untuk membolehkan penonton yang hadir makan dan minum terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam stadium. 

(Visited 218 times, 1 visits today)
Close