Written by 7:52 pm Badminton, Malaysia

Terbuka Indonesia: Sze Fei-Izzuddin Tumpas, Tiada Beregu Lelaki Negara Mara Separuh Akhir

Tiada aksi daripada pasangan beregu lelaki Malaysia di peringkat separuh kejohanan Terbuka Indonesia 2021. Ini kerana selepas Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi tumpas, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin turut mengulangi keputusan yang sama di peringkat suku akhir, sebentar tadi.

Sze Fei-Izzuddin turun menentang pasangan beregu India yang menghuni ranking ke-11 dunia, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty tewas ‘straight set’ dengan pungutan mata 19-21 dan 19-21 dalam masa 43 minit.

Untuk rekod, ini merupakan pertemuan kali keenam melibatkan kedua-dua pasangan ini. Namun, keputusan yang direkodkan pada hari ini menjadikan Satwiksairaj-Chirag melebarkan rekod kemenangan kepada 5-1 mengatasi Sze Fei-Izzuddin.

Walaupun tidak dapat mara ke peringkat seterusnya, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang sebanyak 6,600 mata hasil kemaraan sehingga ke peringkat suku akhir.

Pengutan mata ini dijangka akan membantu Sze Fei-Izzuddin untuk meningkatkan kedudukan dalam ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada kemaskini berikutnya.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 536 times, 1 visits today)
Close