Written by 6:26 pm Badminton, Malaysia

Terbuka Indonesia: Yew Sin-Ee Yi Tumpas Lagi Di Tangan Beregu No.1 Dunia ‘The Minions’

Hasrat peminat untuk melihat pasangan beregu bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi untuk mencipta kemenangan sulung ke atas beregu nombor 1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo masih belum kesampaian.

Pertembungan antara kedua-dua pasangan di peringkat suku akhir kejohanan Terbuka Indonesia pada hari ini menyaksikan Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur tumpas sekali lagi kepada Marcus-Kevin.

Biarpun memberikan saingan yang sengit, Marcus-Kevin tetap berhasil meraih kemenangan dengan keputusan 21-14, 14-21 dan 21-16 dalam tempoh yang hampir memakan masa satu jam.

Kekalahan ini sekaligus menamatkan perjalanan Yew Sin-Ee Yi di kejohanan Terbuka Indonesia kali ini.

Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan ketujuh antara kedua-dua pasangan dan Marcus-Kevin berjaya melebarkan rekod kemenangan 7-0 ke atas Yew Sin-Ee Yi.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 5,810 times, 1 visits today)
Close