Written by 6:59 pm Hoki, Malaysia

Hoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Tewaskan Afrika Selatan Untuk Tempah Tiket Suku Akhir

Setelah mengharungi tiga perlawanan tanpa kalah, skuad hoki remaja kebangsaan bimbingan Wallace Tan berjaya menempah tiket ke peringkat kalah mati iaitu suku akhir dalam kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021.

Kejayaan mara ke peringkat tersebut terhasil selepas menumpaskan Afrika Selatan dengan keputusan 4-3 dalam perlawanan terakhir yang cukup sengit pada peringkat Pool A, sebentar sahaja tadi.

Keempat-empat jaringan tersebut disumbangkan oleh Muhammad Fahmi Khalid (PC), Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin (PC), Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul (FG) dan Mohamad Akhimullah Anuar Esook (PC) masing-masing pada minit ke-29, ke-41, ke-49 dan ke-56.

Manakala jaringan oleh pasukan Afrika Selatan pula dihasilkan oleh Guy Morgan (PC) serta dua jaringan oleh Jared Campbell (FG) masing-masing pada minit ke-34, ke-48 ke-54.

Malaysia mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir setelah mengumpul 7 mata daripada tiga perlawanan di peringkat Pool A. bagaimanapun, Malaysia perlu menunggu keputusan perlawanan antara Belgium dan Chile untuk menentukan samada muncul juara kumpulan atau tidak.

Featured Image: FIH

(Visited 223 times, 1 visits today)
Close