Written by 7:16 am Badminton, Malaysia

Terbuka Scotland: Dua Pemain Malaysia, Tze Yong & Joo Ven Berentap di Final

Kejuaraan Terbuka Scotland 2021 bagi kategori perseorangan lelaki bakal direbut oleh dua pemain Malaysia.

Pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Tze Yong akan bertemu pemain bebas (independent), Soong Joo Ven di perlawanan akhir.

Tze Yong yang menghuni ranking ke-63 dunia mara ke pentas akhir selepas menumpaskan rakan senegara, Aidil Sholeh secara ‘straight set’ dengan skor 21-15 dan 21-15 di peringkat separuh akhir, awal pagi tadi.

Sementara itu, Joo Ven yang menduduki ke-73 dunia pula menempah tiket ke perlawanan akhir dengan menundukkan pemain Perancis, Arnaud Merkle juga menerusi ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-18 dan 21-19.

Untuk makluman semua, belum ada sebarang rekod dicatatkan mengenai pertemuan kedua-dua pemain ini di peringkat antarabangsa.

Sebagai tambahan, perlawanan akhir antara kedua-dua pemain ini dijangka bermula pada jam 8.50 malam nanti.

(Visited 543 times, 1 visits today)
Close