Written by 6:52 am Badminton, Malaysia

Terbuka Scotland: Mei Xing-Anna Cheong Bertemu Pasangan Ranking Ke-22 Dunia di Final

Pasangan beregu wanita yang menghuni ranking ke-22 dunia, Rachel Honderich dan Kristen Tsai bakal menjadi lawan buat beregu negara, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong di pentas akhir kejohanan Terbuka Scotland 2021.

Ia bakal menjadi cabaran yang sengit buat beregu negara memandangkan Rachel-Kristen yang datangnya dari Kanada itu juga merupakan pasangan pilihan pertama yang diletakkan menjuarai kejohanan bagi kategori ini.

Rachel Honderich dan Kristen Tsai

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasangan ini belum pernah berentap sesama sendiri. Bagaimanapun, Mei Xing pernah menentang pasangan ini semasa bergandingan bersama Yap Ling suatu masa lalu dan kemenangan berpihak kepada pasangan Kanada tersebut.

Sebagai tambahan, Mei Xing-Anna Cheong mara perlawanan akhir selepas menumpaskan beregu Belanda yang turut diletakkan sebagai pilihan ketujuh kejohanan, Debora Jille dan Cheryl Seinen dengan skor 11-21, 21-10 dan 21-10 di peringkat separuh akhir.

Untuk makluman semua, perlawanan akhir melibatkan Mei Xing-Anna Cheong menentang Rachel-Kristen dijangka berlangsung pada jam 11.20 malam nanti.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 3,605 times, 1 visits today)
Close