Written by 7:39 am Badminton, Malaysia

Terbuka Scotland: ‘Patatimo Boys’ Selangkah Sahaja Lagi Untuk Bergelar Juara

Hanya selangkah sahaja lagi yang memisahkan beregu lelaki muda negara, Arif Junaidi dan Muhammad Haikal untuk bergelar juara kejohanan badminton Terbuka Scotland 2021.

Pasangan yang mendapat gelaran ‘Patatimo Boys’ ini berhasil menempah tiket ke pentas akhir selepas menumpaskan beregu India, Krishna Prasad Garaga dan Vishnu Vardhan Goud Panjala dengan keputusan 17-21, 21-17 dan 21-16 di peringkat separuh akhir.

Christopher Grimley dan Matthew Grimley

Sementara itu, menanti mereka di perlawanan akhir adalah pasangan beregu tuan rumah, Christopher Grimley dan Matthew Grimley yang diletakkan sebagai pasangan pilihan kelapan untuk menjuarai kejohanan ini.

Berdasarkan rekod, Arif dan Haikal yang berasal dari Terengganu dan Kelantan masing-masing belum pernah mempunyai sebarang pengalaman menentang adik beradik Grimley yang menghuni ranking ke-64 dunia ini.

Untuk makluman semua, perlawanan melibatkan ‘Patatimo Boys’ menentang adik beradik Grimley ini dijangka berlangsung pada pukul 10.30 malam nanti.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 417 times, 1 visits today)
Close