Written by 9:30 am Badminton, Malaysia

Terbuka Scotland: Beregu Lelaki & Wanita Malaysia Muncul Naib Juara

Kejohanan badminton Terbuka Scotland 2021 menyaksikan beregu lelaki dan wanita muncul naib juara dalam kategori masing-masing.

Pasangan beregu lelaki, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri meraih naib juara apabila gagal menyekat permainan cemerlang beregu tuan rumah, Cristopher Grimley dan Mattew Grimley.

Adik beradik Grimley tersebut berhasil menundukkan Arif-Haikal dengan keputusan akhir 22-20 dan 21-16 dalam aksi final, semalam.

Sementara itu, pasangan beregu wanita, Teoh Mei Cing dan Anna Cheong yang turut terpaksa berpuas hati sebagai naib juara di kejohanan ini tewas kepada pasangan Kanada, Rachel Honderich dan Kristen Tsai.

Pasangan Kanada yang menghuni ranking ke-22 dunia turut diletakkan selaku pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan yang berlangsung di Glasgow ini.

Dalam perlawanan akhir tersebut, pasangan Kanada itu menepati ramalan untuk muncul juara dengan menewaskan Mei Xing-Anna Cheong secara ‘straight set’ dengan skor 21-14 dan 21-12.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 3,429 times, 1 visits today)
Close