Written by 4:57 pm Badminton, Malaysia

Ranking BWF: Naib Juara Scotland, Mei Xing-Anna Cheong Lonjak 67 Anak Tangga

Biarpun terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan Terbuka Scotland pada minggu lalu, pasangan beregu wanita, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong berhasil meraih peningkatan yang positif dalam kedudukan ranking dunia.

Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Mei Xing-Anna Cheong yang mula bergandingan sejak Oktober lalu merekodkan lonjakan sebanyak 67 anak tangga dalam kedudukan ranking dunia hasil daripada muncul naib juara kejohanan tersebut.

Lonjakan itu telah meletakkan pasangan yang berusia 24 dan 23 tahun masing-masing ini di ranking ke-170 dunia pada minggu ini.

Terbuka Czech: Gandingan Baharu Teoh Mei Xing-Anna Cheong Raih Kejuaraan Pertama

Lim Chiew Sien dan Vivian Hoo

Sementara itu, pasangan beregu wanita negara yang beraksi di pentas Terbuka Indonesia seperti Lee Meng Yean-Yap Cheng Wen dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut mencatatkan peningkatan yang banyak sehinggakan mereka berhasil menduduki tangga ke-100 dan ke-86 dunia masing-masing.

Manakala beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan pula berhasil mencatatkan peningkatan satu anak tangga sekaligus membolehkan mereka menghuni ranking ke-17 dunia – terbaik pernah dicapai oleh pasangan ini.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 518 times, 1 visits today)
Close