Written by 10:58 pm Bola Sepak, Malaysia

Zhafri, Paulo Bantu KL City Julang Piala Malaysia & Raih Slot Piala AFC

Dua jaringan oleh pemain tengah iaitu Zhafri Yahya dan Paulo Josue sudah memadai untuk Kuala Lumpur City (KL City) menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 sekaligus menjulang Piala Malaysia 2021.

Kedua-dua jaringan tersebut terhasil pada separuh masa kedua iaitu pada minit ke-66 dan ke-74. Jaringan Zhafri terhasil selepas mendapat satu ‘crossing’ cantik oleh J. Partiban manakala gol oleh Paulo merangkap kapten pasukan pula mendapat ‘assist’ daripada Ryan Lambert.

Sementara itu, kemenangan KL City pada malam ini juga dibantu oleh ketangkasan penjaga gol, Kevin Ray Mendoza yang memastikan gawangnya tidak dibolosi oleh serangan-serangan berbahaya daripada pemain-pemain skuad Harimau Selatan. 

Kejayaan skuad Ibu Kota meraih kemenangan pada malam ini turut menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia selama 32 tahun. Untuk rekod, kali terakhir KL City atau dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur menjulang Piala Malaysia adalah pada tahun 1989.

Bertambah manis, kejayaan meraih kejuaraan Piala Malaysia pada malam ini memberikan skuad kendalian Bojan Hodak ini slot automatik ke kejohanan asia iaitu Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada musim hadapan.

Featured Image: Malaysian Football League

(Visited 710 times, 1 visits today)
Close