Written by 8:28 pm Badminton, Malaysia

Jelajah Akhir BWF: Beregu Yew Sin-Ee Yi Raih Kemenangan Pertama Peringkat Kumpulan

Pasangan beregu badminton lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi memulakan kempen Jelajah Dunia Akhir BWF di peringkat Kumpulan B dengan kemenangan.

Yew Sin-Ee Yi meraih kemenangan dengan menumpaskan beregu Perancis yang menghuni ranking ke-31 dunia, Christo Popov dan Toma Junior Popov secara ‘straight set’ 21-16 dan 21-19.

Kemenangan pasangan beregu yang berada di ranking ke-12 dunia ini diraih dalam masa 46 minit. Selain itu, kemenangan ini turut memberikan 1 mata berharga kepada Yew Sin-Ee Yi untuk meletakkan mereka di tempat kedua di dalam Kumpulan B.

Untuk perlawanan seterusnya, Yew Sin-Ee Yi akan bertemu beregu Indonesia, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan yang merupakan pasangan ke-27 dunia.

Berdasarkan rekod, kedua-dua pasangan ini belum pernah berentap sesama sendiri lagi. Dijangka perlawanan sulung antara Yew Sin-Ee Yi menentang Pramudya-Yeremia ini akan bermula pada jam 5.50 petang, hari esok.

Untuk makluman semua, hanya juara dan naib juara kumpulan sahaja yang akan layak ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 7,948 times, 1 visits today)
Close