Written by 7:21 pm Badminton, Malaysia

Jelajah Akhir BWF: Ditumpaskan Beregu Jepun, Peng Soon-Liu Ying Muncul Naib Juara Kumpulan A

Beregu campuran bebas (independent) negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menamatkan saingan peringkat Kumpulan A di kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF selaku naib juara.

Pasangan yang menghuni ranking kesembilan dunia ini terpaksa akur berada di kedudukan tersebut selepas tewas ‘straight set’ kepada beregu Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino pada perlawanan ketiga dan terakhir peringkat kumpulan, sebentar tadi.

Peng Soon-Liu Ying tumpas kepada beregu yang berada di kedudukan keempat dunia itu dengan skor 21-11 dan 21-12 dalam perlawanan yang memakan masa 33 minit.

Kekalahan pada hari ini menjadikan beregu Jepun ini telah meraih lima kemenangan daripada sembilan pertembungan secara keseluruhan ketika bertemu Peng Soon-Liu Ying.

Featured Image: BWF

(Visited 11,811 times, 1 visits today)
Close