Written by 11:21 am Badminton, Malaysia

Jelajah Akhir BWF: Tumpaskan Pemain India, Zii Jia Juara Kumpulan B

Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya meletakkan dirinya sebagai juara Kumpulan B dalam saingan Jelajah Dunia Akhir BWF.

Kejayaan itu hadir selepas Zii Jia berhasil menumpaskan pemain India, Srinkanth Kidambi pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, hari ini.

Zii Jia yang menghuni ranking kelapan dunia mudah menjinakkan Srinkanth sekaligus mencetak kemenangan secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-19 dan 21-14 dalam masa 37 minit.

Sebelum ini, pemain berusia 23 tahun ini mempamerkan prestasi yang cemerlang dengan menumpaskan pemain Thailand dan Perancis di perlawanan pertama dan kedua masing-masing peringkat Kumpulan B.

Status juara Kumpulan B ini sekaligus mengesahkan tempat Zii Jia ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF yang akan berlangsung pada hari esok.

Featured Image: BWF

(Visited 642 times, 1 visits today)
Close