Written by 3:18 pm Badminton, Malaysia

Jelajah Akhir BWF: Beregu Campuran Peng Soon-Liu Ying Disingkirkan Juara Bertahan

Beregu campuran bebas (independent) negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying terpaksa akur tidak dapat meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2021.

Hal ini kerana pasangan yang menghuni ranking ke-9 dunia ini tumpas kepada beregu campuran Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai merangkap juara bertahan Jejalah Dunia Akhir BWF 2020.

Peng Soon-Liu Ying ditumpaskan oleh Dechapol-Sapsiree secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-8 dan 21-18 dalam satu perlawanan yang berlangsung selama 42 minit, di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Keputusan ini menjadikan Dechapol-Sapsiree berjaya merapatkan jurang rekod kemenangan dan kekalahan dengan Peng Soon-Liu Ying.

Rekod terkini menjadikan Dechapol-Sapsiree meraih 3 kemenangan sementara Peng Soon-Liu Ying masih mendahului dengan 4 kemenangan daripada 7 pertemuan secara keseluruhan antara kedua-dua pasangan ini.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 303 times, 1 visits today)
Close