Written by 7:23 pm Badminton, Malaysia

Jelajah Akhir BWF: Yew Sin-Ee Yi Terkandas Di Separuh Akhir

Hajat para peminat badminton tanah air untuk melihat beregu lelaki bebas (independent), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi mara ke perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir BWF nampaknya tidak kesampaian.

Ini kerana beregu yang menghuni ranking ke-12 dunia terkandas di peringkat separuh akhir setelah tewas kepada beregu lelaki Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.

Walaupun memberi tentangan yang sengit sepanjang perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur dikalahkan secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-15 dalam masa tidak sampai 40 minit.

Untuk rekod, perlawanan ini merupakan pertembungan ulangan. Semalam, Yew Sin-Ee Yi telah menentang beregu ini pada perlawanan akhir pada peringkat kumpulan yang menyaksikan mereka turut mengalami kekalahan dengan skor 21-19, 12-21 dan 21-10.

Secara keseluruhan, mereka telah merekodkan 5 pertemuan sesama sendiri. Kini, rekod semasa menjadikan Takuro-Yugo mencatatkan 4 kemenangan sementara Yew Sin-Ee Yi kekal dengan 1 kemenangan.

Sebagai tambahan, kemaraan ke peringkat separuh akhir merupakan pencapaian terbaik dalam karier pasangan bebas ini di pentas Jelajah Dunia Akhir BWF.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 111 times, 1 visits today)
Close