Written by 11:04 am Badminton, Malaysia

Cabaran Wales: Beregu Lelaki, Wei Chong-Kai Wun Muncul Naib Johan

Kedudukan naib johan menjadi milik pasangan beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun dalam kejohanan Cabaran Antarabangsa Wales 2021.

Gandingan beregu muda yang berusia 22 dan 21 tahun masing-masing ini terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tersebut apabila tumpas kepada beregu lelaki Korea yang berpengalaman, Kim Gi-jung dan Kim Sa-rang di perlawanan akhir, awal pagi semalam.

Perlawanan akhir tersebut berkesudahan dengan Wei Chong-Kai Wun tumpas dengan pungutan mata 21-18, 18-21 dan 21-15 kepada beregu yang berumur 31 dan 32 tahun masing-masing ini.

Bagaimanapun, kekalahan ini telah menambahkan koleksi pingat perak buat Wei Chong dan Kai Wun pada tahun ini. Sebelum ini, beregu ini telah merangkul pingat perak di kejohanan Terbuka Czech 2021.

Untuk rekod, tahun ini menyaksikan pasangan yang menghuni tangga ke-69 dunia ini telah menjuarai Terbuka Poland, Cabaran Antarabangsa Iberdola Sepanyol dan Terbuka Ireland.

Featured Image: Instagram Tee Kai Wun

(Visited 1,424 times, 1 visits today)
Close