Written by 7:22 pm Bola Sepak, Malaysia

Piala AFF 2020: Safawi Cipta Hatrik Bantu Malaysia Raih Kemenangan 4-0

Hatrik oleh penyerang sayap dan satu jaringan oleh pertahanan berjaya memberikan kemenangan kedua buat skuad kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe dalam saingan peringkat Kumpulan di kejohanan Piala AFF Suzuki 2020.

Kemenangan itu dilakar oleh skuad Harimau Malaya ke atas Laos hasil jaringan hatrik oleh Safawi Rasid pada minit ke-7, ke-34 dan ke-80 serta satu gol oleh Shahrul Saad pada minit ke-78.

Ia membolehkan Malaysia menamatkan perlawanan dengan keputusan yang cukup cemerlang 4-0 tanpa bolos sekaligus mengutip 3 mata kedua. Kemenangan ini turut meletakkan Malaysia menerajui Kumpulan B dengan 6 mata buat sementara waktu.

Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia dijadualkan menentang juara bertahan, Vietnam pada 12 Disember, hari Ahad, dengan sepak mula jam 8.30 malam.

Perlawanan akan berlangsung di venue yang sama iaitu Stadium Bishan.

Featured Image: AFF Suzuki Cup

(Visited 690 times, 2 visits today)
Close