Written by 2:31 pm Lain-Lain

Atlet Angkat Berat Kategori 61Kg, Aznil Raih Pingat Emas Kelayakan Sukan Komanwel

Selepas atlet angkat berat kategori 55 kilogram (kg), Mohamad Aniq Kasdan melayakkan diri ke temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, seorang lagi atlet negara mengikuti jejak langkahnya.

Jejak langkah itu diikuti oleh Muhamad Aznil Bidin yang merupakan atlet angkat berat kategori 61kg selepas muncul pemenangan pingat emas dalam kategori tersebut dalam kelayakan Sukan Komanwel 2022 yang dianjurkan bersama-sama Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021.

Baca: Angkatan 142kg Berikan Aniq Kasdan Pingat Perak di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021

Atlet berusia 27 tahun ini memenangi pingat emas dalam kejohanan kelayakan ini selepas berhasil merekodkan angkatan terbaik seberat 120kg dan 153kg bagi kategori ‘snatch’ dan ‘clean & jerk’ masing-masing menjadikannya melakukan angkatan seberat 273kg secara keseluruhan.

Rekod 273kg itu meletakkan namanya menerajui carta keputusan keseluruhan dalam kalangan atlet-atlet negara komanwel sekaligus melayakkannya ke temasya Sukan Komanwel pada tahun hadapan. 

Sementara itu, Aznil meraih kedudukan di tempat kelima bagi kejohanan dunia anjuran Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) yang bertempat di Tashket, Uzbekistan.

Menurut Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat memaklumkan seorang lagi atlet angkat berat negara iaitu Muhammad Erry Hidayat, 22 tahun, akan beraksi untuk menempah tiket ke temasya yang sama, pada malam ini.

(Visited 1,024 times, 1 visits today)
Close