Written by 11:40 am Asia, Bola Sepak

Dua Kelab Bola Sepak Australia ‘Turun Pangkat’ Beraksi di Piala AFC 2023

Bermula tahun 2023 kelak, hanya satu sahaja kelab bola sepak dari Australia layak menyertai kejohanan elit, Liga Juara-Juara AFC (ACL) secara automatik manakala baki dua pasukan lagi terpaksa beraksi di saingan kelas kedua iaitu Piala AFC.

Peruntukan slot untuk kelab-kelab di asia menyertai kejohanan ACL dan Piala AFC pada tahun 2023 tersebut diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi di laman sesawangnya, semalam.

Sebelum ini, Australia mendapat 1 slot automatik dan 2 slot pusingan kelayakan buat kelab-kelabnya beraksi di kejohanan elit bola sepak di benua asia ini.

Bagaimanapun, peruntukan slot tersebut berkurangan pada tahun 2023 selepas kedudukan Australia dalam AFC Club Competitions Ranking jatuh ke kedudukan ke-10 dalam kalangan negara-negara di rantau asia timur.

Ia berpunca daripada tiga kelabnya iaitu Sydney FC, Melbourne City dan Brisbane Roar menarik diri daripada kejohanan ACL 2021 yang difahamkan berpunca daripada penularan pandemik Covid-19 dan sekatan perjalanan.

Hal ini menyebabkan negara lain sebagai contoh Thailand yang diwakil oleh empat kelab di kejohanan tersebut meraih lebih mata sekaligus memintas kedudukan Australia di dalam ranking tersebut.

Sementara itu, Malaysia kekal mendapat slot 1+2 untuk beraksi di kejohanan-kejohanan benua asia. Salah satu daripadanya merupakan slot automatik ke peringkat kumpulan ACL 2023 manakala baki duanya adalah slot automatik ke peringkat kumpulan Piala AFC 2023.

Berikut adalah jadual penuh peruntukan slot untuk ke saingan ACL dan Piala AFC 2023:

Peruntukan slot ke Liga Juara-Juara AFC 2023
Peruntukan slot ke saingan Piala AFC 2023
(Visited 8,335 times, 1 visits today)
Close