Written by 5:20 pm Badminton, Malaysia

Kejohanan Dunia BWF: 7 Beregu Malaysia Dapat ‘Bye’ Di Pusingan 64

Tujuh pasangan beregu negara yang akan beraksi di Kejohanan Dunia BWF 2021 boleh tersenyum lebar tanpa perlu turun beraksi di Pusingan 64 yang akan bermula pada Ahad nanti di Huelva, Sepanyol.

Hal ini kerana hasil undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada minggu lalu menyaksikan tujuh pasangan negara yang terlibat dalam kategori beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran mendapat ‘bye’ pada pusingan tersebut.

Ini menjadikan mereka hanya perlu menantikan perlawanan pertama mereka di Pusingan 32. Paling menarik, keempat-empat pasangan beregu lelaki negara iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong mendapat ‘bye’ di Pusingan 64.

Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan

Untuk beregu wanita pula, pasangan beregu yang menghuni ranking ke-16 dunia, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan antara yang turut bertuah mendapat ‘bye’

Baki dua pasangan lagi, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai pula mendapat ‘bye’ dalam kategori beregu campuran di Pusingan 64 pada kejohanan kali ini.

Sementara itu, pemain-pemain Malaysia yang lain seperti Lee Zii Jia, Liew Daren, Cheam June Wei, Kisona Selvaduray, Teoh Mei Xing-Yap Ling dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See akan bermula di Pusingan 64.

Featured Image: Badminton Photo

(Visited 15,731 times, 1 visits today)
Close