Written by 12:47 pm Bola Sepak, Malaysia

Yusri Che Lah Letak Jawatan, Projek FAM-MSN Tetap Diteruskan

Ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasminya mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak antara kedua-dua pihak, pada hari ini.

Menurut FAM, kontrak jurulatih berusia 45 tahun itu masih berbaki setahun lagi namun pihaknya menerima perletakan jawatan Yusri yang difahamkan telah mendapat tawaran lain bagi meneruskan karier kejurulatihannya pada tahun hadapan.

Pada masa yang sama, Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar memaklumkan pihak FAM dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan sesi temu duga terhadap beberapa calon sebelum memilih ketua jurulatih baharu.

Sementara itu, akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, melaporkan projek yang disertai oleh rata-rata pemain berusia antara 18 hingga 20 tahun ini tetap diteruskan walaupun penyertaan mereka dalam saingan Liga Premier 2021 berakhir di tangga tercorot dengan hanya mengutip 6 mata daripada 20 perlawanan.

Laporan itu turut menyebut Skuad Projek FAM-MSN akan diperkuatkan lagi dengan tambahan 10 muka baharu daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sambil dibimbing oleh staf kejurulatihan yang sama.

Featured Image: Malaysian Football League

(Visited 105 times, 1 visits today)
Close