Written by 10:52 pm Formula 1, Permotoran

Formula 1: Max Verstappen Juara Dunia Baharu – Kekang Hamilton Raih Kejuaraan Kelapan

Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen, 24 tahun, mencipta rekod muncul juara dunia Formula 1 (F1) baharu apabila menamatkan perlumbaan terakhir untuk musim 2021 – GP Abu Dhabi – di tempat yang pertama.

Pelumba Belanda itu muncul juara setelah berhasil memintas juara bertahan, Lewis Hamilton pada pusingan terakhir – pusingan ke-58 – dalam perlumbaan yang berlangsung di Litar Yas Marina, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Max mengumpul 395.5 mata secara keseluruhan sementara Lewis memiliki 387.5 mata daripada 22 perlumbaan musim ini. Sebelum bermulanya perlumbaan terakhir ini, Max dan Lewis memiliki 369.5 mata masing-masing dalam carta kedudukan kejuaraan dunia.

Untuk makluman semua, kejuaraan dunia yang pertama kali dirangkul oleh Max pada musim ini turut mengekang Lewis, 36 tahun, yang memandu jentera Mercedes daripada merangkul kejuaraan kelapan dalam kariernya.

(Visited 554 times, 1 visits today)
Close