Written by 1:10 pm Lain-Lain

Kedai Emas Anuar Muncul ‘Title Sponsor’ Buat Sepak Takraw League (STL) 2021/22

Syarikat perusahaan jual beli emas dan khidmat pertukangan emas tempatan iaitu Kedai Emas Anuar hadir sebagai penaja utama untuk saingan Sepak Takraw League (STL) bagi edisi kelapan.

Menurut laporan Stadium Astro, syarikat yang telah beroperasi hampir sedekad bertempat di Kota Tinggi, Johor ini mengikat perjanjian selama setahun sebagai penaja utama saingan liga sukan sepak takraw negara. 

Perkembangan ini membolehkan syarikat ini diangkat sebagai ‘title sponsor’ kepada STL buat julung kalinya sekaligus menjadikan saingan ini digelar Emas Anuar STL 2021/22.

Baca: TV Amerika Syarikat Bakal Siar Saingan Sepak Takraw League (STL)

Untuk makluman semua, penajaan oleh Kedai Emas Anuar ini meliputi kesemua pertandingan dibawah payung STL iaitu STL Premier League, STL Divisyen 1 dan STL Champion Cup.

Dimaklumkan, saingan STL dijadualkan kembali menemui para peminat bermula 7 Januari tahun hadapan.

Sementara itu, laporan daripada portal ini turut menyatakan beberapa penaja lain terus komited bersama STL seperti jenama barangan dan pakaian sukan, Li-Ning selaku penaja pakaian rasmi STL , dan syarikat pengeluar minyak enjin, Idemitsu selaku minyak pelincir rasmi STL.

Dua penaja baharu yang lain turut dimaklumkan adalah syarikat penerbitan media cetak, Utusan Malaysia sebagai rakan media rasmi STL dan syarikat penjagaan kesihatan, BP Healthcare selaku rakan medik rasmi STL.

(Visited 384 times, 11 visits today)
Close