Artikel

Kejohanan Dunia BWF: Lee Zii Jia Lepasi Halangan Pusingan 64

Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berhasil melepasi halangan Pusingan 64 pada Kejohanan Dunia BWF dengan menumpaskan pemain Kanada, Jason Anthony Ho-Shue, sebentar tadi.

Pemain berusia 23 tahun itu berhasil mengenepikan Jason dalam perlawanan 3 set dimana Zii Jia meraih kemenangan dengan keputusan 21-10, 17-21 dan 21-11 dalam tempoh masa kurang satu jam.

Kemenangan tersebut membolehkannya meneruskan kemaraan ke Pusaingan 32. Menantinya di situ adalah pemain Brazil, Ygor Coelho, 25 tahun, yang menghuni ranking ke-50 dunia. Pemain ini mara ke Pusingan 32 selepas menyingkirkan pemain Belgium, Maxime Moreels.

Berdasarkan rekod, Zii Jia pernah bertemu pemain ini sebanyak satu kali pada Kejohanan Dunia BWF 2019. Ketika itu, Zii Jia mudah menumpaskan pemain ini secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-17 dan 21-15.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

komen