Written by 6:21 pm Bola Sepak, Malaysia

Syazwan Andik Kembali Ke Pentas Liga Super Bersama Melaka United

Kelibat pertahanan kiri, Syazwan Andik pernah mencuri tumpuan dalam saingan Liga Super bersama pasukan Kuala Lumpur (KL) sekitar empat musim yang lalu.

Prestasinya bersama KL pada musim 2018 cukup cemerlang sehinggakan mendapat perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan dia dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Syazwan Andik bersama JDT II pada tahun 2021

Namun, di penghujung musim, apabila KL yang menamatkan saingan Liga Super di tangga tercorot diturunkan pangkat ke saingan Liga Premier, pemain kelahiran Skudai, Johor ini membuat keputusan untuk menamatkan kontrak bersama skuad ibu kota dan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bagaimanapun, bersama skuad Harimau Selatan sejak tahun 2019, Syazwan tidak dapat menembusi kesebelasan utama JDT dan khidmatnya banyak digunakan oleh skuad simpanan, JDT II yang beraksi di Liga Premier.

Kenyataan rasmi oleh Martin Prest, hari ini.

Akan tetapi, kelibat Syazwan dapat dilihat kembali di kancah tertinggi bola sepak tanah air apabila Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengumumkan meminjamkan pemain berusia 25 tahun ini ke Melaka United pada musim hadapan bersama-sama bekas tonggak pertahanan tengah negara, Fadhli Shas.

Sementara itu, tiada sebarang penjelasan lanjut daripada Martin atau JDT mengenai tempoh pinjaman Syazwan mahupun Fadhli Shas bersama Melaka United.

Featured Image: Kuala Lumpur City

(Visited 218 times, 1 visits today)
Close