Written by 5:22 pm Badminton, Lain-Lain, Malaysia

BAM Tetap Pendirian Hantar Pemain Pelapis di Sukan SEA Vietnam 2021

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mengubah pendirian untuk menghantar barisan pemain pelapis bagi beraksi di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 yang akan berlangsung pada 12-23 Mei tahun hadapan.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, pendirian itu diulangi oleh Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menjawab mengenai penganjuran temasya Sukan SEA dan kejohanan Piala Thomas/Uber 2022 yang turut berlangsung pada bulan yang sama.

“Untuk Sukan SEA kita akan membariskan muka baharu. Perkara ini sudah diumumkan dulu sebelum Sukan SEA ditangguhkan lagi.

Antara beregu lelaki pelapis negara, Arif Junaidi dan Muhammad Haikal yang kian meningkat.

“Selain daripada skuad pelapis, kita juga akan melihat pemain remaja yang berpotensi untuk disenaraikan bagi membawa cabaran negara di temasya berkenaan.

“Jadi, saya fikir ia tidak akan memberikan kesan kepada pelan kita. Untuk saingan Piala Thomas/Uber ia akan dibarisi pemain elit negara,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.

Sebagai rekod, temasya Sukan SEA 2019 yang lalu menyaksikan Malaysia meraih tiga pingat emas hasil sumbangan Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Kisona Selvaduray (perseorangan wanita) dan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki).

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 1,436 times, 1 visits today)
Close