Written by 9:00 am Antarabangsa, Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Perseorangan Lelaki No.1 Disingkirkan Pemain Singapura di Pusingan 64

Satu kejutan berlaku di pentas Kejohanan Dunia BWF apabila pemain badminton perseorangan lelaki No.1 dunia, Viktor Axelsen tersingkir di Pusingan 64.

Pemain kelahiran Denmark merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu tersingkir setelah tumpas di tangan pemain Singapura, Loh Kean Yew.

Kean Yew yang berada di ranking ke-22 dunia dengan keputusan 14-21, 21-9 dan 21-6 dalam tempoh masa perlawanan yang menghampiri satu jam di Huelva, Sepanyol pada malam tadi.

Loh Kean Yew

Dalam perlawanan tersebut, persembahan yang ditampilkan oleh Viktor tidak berada di tahap yang sepatutnya walaupun dia masih segar dengan kejayaan muncul juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2021, pada minggu lalu.

Sementara itu, kejayaan Kean Yew yang merupakan pemain kelahiran Pulau Pinang menumpaskan Viktor membolehkan dia mara ke Pusingan 32. Menantinya di pusingan tersebut adalah pemain Austria, Luka Wraber yang berada di ranking 93 dunia.

(Visited 14,041 times, 2 visits today)
Close