Written by 11:27 am Bola Sepak, Malaysia

Terengganu Sedia Anjur Liga Bola Sepak Pantai & Wujudkan Liga Semi Pro Pada 2022

Badan induk bola sepak negeri Terengganu iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersedia untuk menganjurkan Liga Bola Sepak Pantai.

Perkembangan menarik tersebut dilaporkan oleh laman portal trdi.my dengan dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Presiden PBSNT, Marzuki Sulong selepas daripada Kongres Tahunan PBSNT 2021, dua hari lalu.

Marzuki Sulong

Sementara itu, Marzuki yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) turut memaklumkan PBSNT telah memutuskan di dalam mesyuarat untuk mengadakan sebuah liga bola sepak yang dinamakan sebagai Liga Semi Pro Terengganu pada tahun 2022.

Difahamkan, kejohanan yang berkonsepkan ‘round-robin’ ini dijangka akan bermula pada Mac hadapan dengan disertai oleh 10 buah pasukan daripada setiap Persatuan Bola Sepak Daerah merangkap ahli gabungan PBSNT serta dua pasukan jemputan.

Selain itu, Marzuki turut menyatakan akan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya juara bagi Liga Semi Pro Terengganu ini mendapat promosi ke saingan divisyen 3 negara iaitu Liga M3.

Featured Image: Facebook Wan Hassan Wan Ramli (Official)

(Visited 101 times, 1 visits today)
Close