Written by 12:55 am Badminton, Malaysia

Kejohanan Dunia BWF: Beregu No.1 India Jadi Lawan Yew Sin-Ee Yi Di Pusingan 16

Pasangan beregu lelaki nombor 1 India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty menjadi pencabar kepada pasangan beregu bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pada Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2021.

Kedua-dua pasangan beregu ini bakal berentap sesama sendiri selepas berjaya menumpaskan lawan masing-masing pada Pusingan 32, semalam.

Yew Sin-Ee Yi mara selepas menumpaskan beregu Denmark, Joel Eipe dan Rasmus Kjær yang menduduki ranking ke-55 dunia secara ‘straight set’ 21-12 dan 21-19 dalam tempoh masa hampir 40 minit.

Sementara itu, beregu India yang menduduki ranking ke-9 dunia itu pula menempah tiket ke peringkat 16 akhir selepas menyingkirkan beregu Taiwan juga menerusi ‘straight set’ dengan pungutan mata 27-25 dan 21-17.

Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.

Sebagai rekod, Yew Sin-Ee Yi telah menentang beregu India ini sebanyak empat kali. Pertemuan terakhir antara kedua-dua pasangan ini berlangsung di Kejohanan Indonesia Masters pada November lalu.

Perlawanan tersebut berakhir dengan Yew Sin-Ee Yi meraih kemenangan secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-17 dan 21-15.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 197 times, 1 visits today)
Close