Written by 10:32 pm Badminton, Malaysia

Kejohanan Dunia BWF: Pearly-Thinaah Dikejutkan Beregu Hong Kong Ranking Ke-57 

Beregu badminton wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan gagal meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya di Kejohanan Dunia BWF 2021.

Pasangan yang diletakkan sebagai pilihan ke-13 untuk memenangi kejohanan ini tumpas kepada beregu Hong Kong, Ng Tsz Yau dan Yuen Sin Ying yang menduduki ranking ke-57 dunia.

Walaupun bermula dengan memenangi set pertama, Pearly-Thinaah hilang momentum pada set kedua dan ketiga sekaligus menyaksikan mereka terpaksa akur tewas dengan keputusan 21-10, 12-21 dan 11-21.

Perlawanan ini berlangsung dalam tempoh yang agak panjang dengan memakan masa melebihi satu jam. Untuk makluman semua, ini merupakan kali pertama kedua-dua pasangan ini berentap sesama sendiri.

Kekalahan ini menjadikan perjalanan Pearly-Thinaah di Kejohanan Dunia BWF terhenti setakat Pusingan 32 sahaja.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 412 times, 1 visits today)
Close