Written by 9:18 pm Badminton, Malaysia

Kejohanan Dunia BWF: Pemain Brazil Buatkan Zii Jia ‘Berpeluh’ di Pusingan 32

Tentangan sengit diberikan oleh pemain perseorangan lelaki Brazil, Ygor Coelho terhadap jaguh badminton negara, Lee Zii Jia pada Pusingan 32 di Kejohanan Dunia BWF 2021.

Zii Jia yang merupakan pilihan keenam untuk menjuarai kejohanan ini terpaksa berhempas pulas terutamanya di set kedua dan ketiga sebelum meraih kemenangan ke atas pemain di ranking ke-50 dunia ini.

Untuk rekod, perlawanan ini berkesudahan dengan pungutan mata 21-14, 24-22 dan 21-14  yang memakan masa hampir satu jam di Gelanggang 1.

Kemenangan ini membolehkan Zii Jia mara ke Pusingan 16. Menantinya di peringkat tersebut, samada pemain Jepun, Kanta Tsuneyama (pemain pilihan kesembilan untuk menjuarai kejohanan) atau pemain Denmark, Hans-Kristian Solberg Vittinghus.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 7,887 times, 1 visits today)
Close