Written by 11:13 am Bola Sepak, Malaysia

Sri Pahang Dapat Tajaan Lebih RM1 Juta Selama Dua Tahun Daripada Hakka Clo

Satu perjanjian penajaan telah ditandatangani antara kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super, Sri Pahang dan syarikat pembekal peralatan sukan bumiputera berjenama tempatan, Hakka Clo.

Hasil perjanjian yang dimeterai tersebut, Sri Pahang akan menerima tajaan kelengkapan sukan daripada Hakka Clo yang bernilai RM1,131,533 secara keseluruhan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim 2022 dan 2023.

Perjanjian ini dimeterai dalam satu majlis yang berlangsung di Sri Pahang Lounge, semalam, sambil kedua-dua pihak diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) masing-masing iaitu Datuk Mohamed Suffian Awang dan Noor Soallihin Mohamed.

Untuk makluman semua, Hakka Clo telah menjalankan operasinya selama 10 tahun di dalam perniagaan pembekalan kelengkapan sukan sebelum mengembangkan bisnesnya dengan membuka kilang pembuatan jersi ‘sublimation’ sendiri di Seri Kembangan, Selangor.

Featured Image: Sri Pahang FC

(Visited 618 times, 1 visits today)
Close