Written by 5:25 pm Bola Sepak, Malaysia

K-League Nama Liga Tempatan Anjuran KFA Pada Tahun 2022

Badan induk bola sepak negeri Kedah Darul Aman iaitu Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memutuskan untuk menganjurkan sebuah liga bola sepak tempatan di negeri terbabit dan dinamakan sebagai ‘K-League’ pada tahun hadapan.

Menurut Presiden KFA, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Noor merangkap Menteri Besar Kedah, perkara tersebut telah diputuskan dan dipersetujui oleh Ahli-Ahli Gabungan KFA dalam Kongres KFA yang berlangsung di Wisma Darul Aman, pada hari ini.

Difahamkan sebanyak enam kejohanan dipertandingkan di bawah saingan K-League tersebut. Disamping itu, Sanusi turut berkongsikan beberapa syarikat telah memberikan persetujuan untuk menaja kejohanan ini.

“Dalam Kongres KFA Kali Ke-46 2021 yang berlangsung sebentar tadi telah diputuskan akan menganjurkan beberapa liga tempatan yang diberi nama K-League 2022 dan telah dipersetujui oleh Ahli-Ahli Gabungan KFA.

“Sebanyak enam piala yang akan dipertandingkan dalam K-League 2022 ini iaitu Piala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Piala Menteri Besar, Piala KFA, Kedah Grassrood League Bawah 12 Tahun, Liga Futsal Kedah dan Langkawi International Beach Soccer.”

“Saya telah berjumpa dengan beberapa penaja dan beberapa syarikat besar yang telah bersetuju untuk menaja liga tempatan yang akan dimuktamadkan beberapa hari lagi,” katanya seperti dipetik daripada laman sosial Warta Kedah.

Sanusi turut menekankan bawah KFA akan memberikan tumpuan kepada penganjuran liga tempatan untuk menyemarakkan bola sepak di negeri terbabit. Sementara itu, Kedah Darul Aman FC pula menumpukan perhatian untuk beraksi di kancah elit bola sepak negara di bawah anjuran Malaysian Football League (MFL).

Featured Image: FA Kedah

(Visited 920 times, 1 visits today)
Close