Written by 10:03 pm Badminton, Malaysia

Kejohanan Dunia BWF: Beregu Jerman Kecewakan Pang Ron-Yee See Di Set Ketiga

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See terpaksa berputih mata untuk mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2021 setelah tumpas pada saat-saat akhir di tangan beregu Jerman, Mark Lamsfuss dan Isabel Lohau.

Pasangan negara yang menghuni ranking ke-23 dunia ini bermula dengan langkah kiri tumpas pada set pertama. Namun, mereka berhasil bangkit meraih kemenangan pada set kedua sekaligus mengheret pasangan Jerman yang berada di ranking ke-15 dunia itu ke set penentuan.

Di set ketiga, ada satu ketikanya, mereka telah mendahului dengan selesa. Bagaimanapun, rentak itu terhenti dan gandingan Mark-Isabel berhasil mengambil peluang sekaligus berjaya menamatkan perlawanan ini dengan keputusan 21-13, 13-21 dan 21-18 dalam masa 63 minit.

Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan pertama yang direkodkan melibatkan kedua-dua pasangan beregu ini.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 494 times, 1 visits today)
Close