Written by 8:13 pm Badminton, Malaysia

Kejohanan Dunia BWF: Yew Sin-Ee Yi Diberikan Tentangan Sengit Oleh Beregu India Sebelum Ke Suku Akhir

Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi terpaksa melalui perlawanan yang sengit sebelum meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir di Kejohanan Dunia BWF 2021.

Tentangan sengit itu diberikan oleh beregu India yang menghuni ranking ke-9 dunia, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty pada Pusingan 16, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Yew Sin dan Ee Yi yang menduduki ranking ke-12 dunia berjaya mengatasi pasangan ini dengan keputusan 22-20, 18-21 dan 21-15 dalam masa 68 minit.

Sementara itu, di peringkat suku akhir, mereka akan menantikan cabaran samada daripada beregu Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin (ranking ke-4 dunia) atau beregu Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin (ranking ke-18 dunia) yang akan beraksi selepas ini.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 11,353 times, 1 visits today)
Close