Artikel

Piala AFF 2020: Bahagian Serangan Indonesia Paling Tajam Kalangan Kumpulan B

Skuad kebangsaan Indonesia kendalian jurulatih Republik Korea, Shin Tae-yong muncul sebagai pasukan paling tajam di bahagian serangan dalam kalangan Kumpulan B di kejohanan Piala AFF Suzuki 2020.

Selepas mengharungi 3 perlawanan, berdasarkan statistik, Indonesia memegang status tersebut selepas merekodkan ‘conversion rate’ sebanyak 25.70% – tertinggi berbanding empat pasukan yang lain.

Sementara itu, Malaysia yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe berada di tangga kedua dengan angka peratusan 20% sambil diikuti oleh Vietnam dengan 13.90%.

Menariknya, Malaysia di berada di tempat kedua dari aspek ‘conversion rate’ namun mendahului daripada segi statistik percubaan tepat dan ketepatan percubaan.

Ternyata Malaysia mampu mengatur dan melancarkan serangan ke arah gawang lawan namun sedikit bermasalah untuk memasukkan bola ke dalam gawang.

Perkara ini dilihat sangat ketara ketika menentang Vietnam yang dibimbing oleh Park Hang-seo pada perlawanan ketiga tempoh hari.

Untuk makluman semua, Indonesia dan Malaysia bakal bertemu sesama sendiri dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B, Ahad nanti bagi merebut tempat ke peringkat separuh akhir.

Ketika ini, Indonesia mendahului carta Kumpulan B sambil diikuti oleh Vietnam yang memiliki 7 mata masing-masing. Bagaimanapun Indonesia berada di tempat pertama kerana memiliki perbezaan gol yang lebih tinggi berbanding Vietnam.

Malaysia pula mengekori rapat di tangga ketiga dengan 6 mata.

Featured Image: AFF Suzuki Cup

komen