Written by 2:24 am Badminton, Malaysia

Kejohanan Dunia BWF: Beregu China Noktahkan Kemaraan Aaron-Wooi Yik Di Pusingan 16

Perjalanan pasangan beregu lelaki nombor 1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Kejohanan Dunia BWF nampaknya terhenti setakat Pusingan 16 sahaja.

Walaupun Aaron-Wooi Yik diletakkan sebagai pilihan keempat untuk menjuarai kejohanan ini tetapi kemaraan mereka telah dinoktahkan oleh beregu China, Hei Ji Ting dan Tan Qiang yang menghuni ranking ke-24 dunia, semalam.

Ji Ting-Qiang berhasil merakamkan kemenangan ke atas Aaron-Wooi Yik dengan pungutan mata 17-21, 21-14 dan 21-16 dalam tempoh masa 50 minit permainan.

Sebagai tambahan, di peringkat suku akhir kelak, beregu China ini bakal menentang pasangan beregu bebas (independent) Malaysia, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang kini berada di ranking ke-14 dunia.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 1,008 times, 1 visits today)
Close