Written by 12:08 am Badminton, Malaysia

Kejohanan Dunia BWF: Pemenang Olimpik Balas Dendam Singkir Sze Fei-Izzuddin di Pusingan 16

Pasangan beregu lelaki Taiwan yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin berjaya membalas dendam ke atas Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pada Pusingan 16, Kejohanan Dunia BWF 2021.

Ketika di pentas Terbuka Indonesia, Sze Fei-Izzuddin mencipta kejutan menewaskan gandingan Lee-Wang secara ‘straight set’ pada Pusingan 16 di kejohanan yang berlangsung di Bali, Indonesia pada bulan lalu.

Lee Yang & Wang Chi-lin

Bagaimanapun, skrip itu tidak dapat diulangi oleh beregu Malaysia yang menghuni ranking ke-18 dunia ini apabila tewas dalam perlawanan yang cukup sengit menentang gandingan Lee-Wang, semalam.

Sze Fei-Izzuddin terpaksa akur menerima kekalahan di tangan Lee-Wang yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk menjuarai kejohanan ini dengan keputusan 18-21, 21-17 dan 18-21 dalam masa 68 minit.

Sementara itu, Lee-Wang yang meraih tiket ke peringkat suku akhir akan bertemu beregu bebas (independent) Malaysia, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang berjaya menyingkirkan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di Pusingan 16.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 7,470 times, 1 visits today)
Close