Written by 10:33 pm Badminton, Malaysia

Kejohanan Dunia BWF: Pemenang Olimpik Terkandas, Yew Sin-Ee Yi Ke Separuh Akhir

Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Dunia BWF 2021 yang berlangsung di Huelva, Sepanyol.

Beregu yang menghuni ranking ke-12 dunia ini mengesahkan kemaraan dengan menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin di peringkat suku akhir, sebentar tadi.

Yew Sin-Ee Yi berjaya menumpaskan Lee-Wang merangkap pasangan No.3 dunia dengan keputusan 12-21, 21-17 dan 21-15 dalam tempoh masa 65 minit.

Sementara itu, di peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada hari esok, Yew Sin-Ee Yi akan bertemu beregu Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 10,293 times, 1 visits today)
Close