Written by 7:24 pm Badminton, Malaysia

Kejohanan Dunia BWF: Perjalanan Soon Huat-Shevon Ditamatkan Beregu Thailand Pada Suku Akhir

Persembahan pasangan beregu campuran Thailand yang menghuni ranking nombor satu dunia ternyata tidak mampu dicabar oleh beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai.

Itu menyebabkan gandingan Soon Huat-Shevon terpaksa akur tumpas kepada Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai sekaligus menyekat kemaraan mereka ke pentas separuh akhir Kejohanan Dunia BWF 2021.

Soon Huat-Shevon yang menghuni ranking ke-14 dunia tumpas secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-15 dan 21-13 dalam pertarungan yang memakan masa 44 minit.

Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan keempat berturut-turut Soon Huat-Shevon di tangan Dechapol-Sapsiree sepanjang mereka bertemu pada tahun ini.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 2,178 times, 1 visits today)
Close